alfalah@e-khairat.com 01157612624

  

  

  

  

 POLISI & SYARAT

TABUNG KHAIRAT DAN JARIAH SURAU AL-FALAH PRESINT 9 PUTRAJAYA
salinan dalam bentuk PDF:
https://bit.ly/PeraturanSyaratSiriSatu2024


OBJEKTIF
Tabung Khairat dan Jariah Surau Al-Falah, Presint 9, Putrajaya diwujudkan bertujuan membantu dan menampung keperluan kewangan ahli dalam pengurusan jenazah. 
Selain itu dana tersebut juga boleh digunakan sebagai sumbangan jariah untuk aktiviti kebajikan Surau Al-Falah.


KEAHLIAN
1. Keahlian terbuka kepada:
   1.1 Penduduk yang tinggal di Jalan P9G, Presint 9, Putrajaya
   1.2 Bekas Ahli Kariah yang masih menetap di Putrajaya
2. Tanggungan Ahli adalah terdiri daripada:
   2.1 Suami atau Isteri
   2.2 Anak Kandung / Anak Tiri / Anak Angkat dibawah umur 23 tahun dan masih belum bekerja (tiada had umur bagi anak OKU yang tinggal bersama) 
3.  Had keahlian adalah satu keahlian bagi satu rumah kecuali Anak Kandung / Anak Tiri / Anak Angkat yang tinggal bersama dan berumur 23 tahun ke atas boleh mendaftar
     keahlian secara berasingan.
4.  Keahlian juga dibuka kepada waris atau ahli keluarga yang tinggal bersama dalam satu rumah (contohnya: adik beradik, ibu atau bapa saudara, waris terdekat dan lain-lain) 
     kecuali ibu bapa atau ibu bapa mertua.
5.  Setiap Ahli bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat keahlian dan maklumat tanggungan dalam portal e-khairat.
6.  Tempoh keahlian adalah minimum 1 tahun dan maksimum 2 tahun
7.  Tempoh pendaftaran keahlian baharu adalah bermula pada 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun
8.   Status keahlian semasa akan luput secara automatik selepas 31 Disember setiap tahun dan status ahli dikategorikan sebagai tidak aktif.
9.   Tempoh pembaharuan keahlian adalah bermula pada 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun. Sekiranya berlaku kematian dalam tempoh pembaharuan ini, 
      ahli masih layak mendapat manfaat sebagai ahli. Sekiranya ahli tidak memperbaharui keahlian selepas 28 Februari secara automatik keahlian sebagai 
      ahli khairat adalah luput dan tidak layak mendapat manfaat sebagai ahli.
10. Penduduk yang baharu berpindah masuk diberi kelebihan mendaftar sebagai ahli dalam tempoh 60 hari dari tarikh pindah masuk dengan mengemukakan bukti tawaran mendiami kuarters.
11. Jawatankuasa Surau berhak untuk menerima atau menolak sesuatu permohonan untuk menjadi Ahli atas alasan yang munasabah.
12. Ahli yang bertindak dengan apa-apa cara sehingga boleh mendatangkan nama buruk atau kerugian kepada Surau dan Tabung Khairat, 
      boleh digugurkan daripada menjadi Ahli oleh Jawatankuasa Surau. Walaubagaimanapun Ahli yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada 
      Jawatankuasa Surau dalam tempoh 14 hari.


KADAR SUMBANGAN AHLI
1. Kadar sumbangan tahunan keahlian dan pembaharuan keahlian adalah sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja) bagi tempoh satu tahun.
2. Kaedah Pembayaran Sumbangan keahlian:
    2.1 Sumbangan secara Online Banking melalui Sistem e-Khairat Surau Al Falah.
3. Setiap ahli boleh membuat semakan keahlian dan status pembayaran di dalam portal e-Khairat.


MANFAAT TABUNG
1. Maksimum manfaat atau tuntutan yang boleh dibuat oleh ahli dalam tempoh setahun adalah sebanyak RM2,200 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus).
2. Butiran manfaat adalah seperti berikut:
   2.1 Kematian Ahli atau Tanggungan Ahli dan diuruskan di Surau Al Falah serta dikebumikan di Presint 20 (Pengurusan Jenazah Percuma). Terhad kepada maksimum dua kematian sahaja setahun.
   2.2 Kematian Ahli atau Tanggungan Ahli dan diuruskan di luar kawasan (Jumlah manfaat RM1,100). Terhad kepada maksimum dua kematian sahaja setahun.
   2.3 Kematian Ibu bapa atau Ibu bapa mertua dan diuruskan di Surau Al Falah serta dikebumikan di Presint 20 (Pengurusan Jenazah Percuma). Terhad kepada maksimum satu kematian sahaja setahun. 
         Sekiranya dikebumikan selain dari Presint 20 kos van jenazah dan lain-lain atas tanggungan sendiri.
   2.4 Kematian Ibu bapa atau ibu bapa mertua (Elaun balik kampung untuk urusan pengebumian ibu bapa RM250). Tuntutan terhad kepada satu kematian sahaja setahun.

3. Pecahan manfaat ahli 
   3.1 Kos Pengurusan Jenazah
      a) Kain Kapan
      b) Upah Ketua dan Pembantu Urus Jenazah
      c) Kos Surau
   3.2 Imam Menyembahyangkan (atau seikhlas hati)
   3.4 Pembaca Talqin (atau seikhlas hati)
   3.5 Kos Tanah Perkuburan Presint 20
   3.6 Van jenazah ke Tanah Perkuburan Presint 20
   3.7 Sagu Hati Untuk Pemandu Van Jenazah

4. Kadar manfaat akan disemak pada setiap akhir tahun kewangan dan tertakluk kepada perubahan yang akan diputuskan oleh AJK Surau.


SYARAT-SYARAT TUNTUTAN
1. Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 90 hari dari tarikh kematian.
2. Penuntut hendaklah mengemukakan dokumen yang dinyatakan dalam prosedur tuntutan.
3. Jika berlaku kematian kepada Ahli, tuntutan akan dibayar kepada waris terdekat
4. Jika berlaku kematian kepada Tanggungan, tuntutan akan dibayar kepada Ahli.
5. Bagi kes tuntutan manfaat yang agak rumit, sebarang tuntutan adalah tertakluk kepada budi bicara Lajnah Khairat dan Kebajikan serta Jawatankuasa Surau.


PROSEDUR TUNTUTAN
1. Melengkapkan Borang Tuntutan Tabung Khairat Surau Al-Falah dan menyertakan dokumen sokongan berikut:
    1.1 Sijil Kematian
    1.2 Salinan Kad Pengenalan penuntut
    1.3 Salinan Penyata Akaun Bank penuntut (muka hadapan yang menyatakan nombor akaun dan nama bank)
    1.4 Salinan bil elektrik atau bil air yang terkini
    1.5 Pengesahan Ketua Blok/ Ketua Penduduk/ Pengerusi Surau Kariah di ruangan pengesahan Borang Tuntutan Tabung Khairat

2. Borang perlu diserahkan kepada Lajnah Khairat dan Kebajikan Surau Al-Falah.
3. Tuntutan akan dibayar terus ke dalam akaun penuntut yang dikemukakan
4. Sebarang tuntutan adalah berpandukan sijil kematian bagi menentukan jumlah manfaat yang akan diterima.


Tarikh kuatkuasa : 1 Januari 2024 hingga 30 Disember 2025.