RINGKASAN SYARAT DAN POLISI BIRO KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FIRDAUS, BANDAR BARU SELAYANG1) TUJUANKhairat kematian Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang, Selangor adalah berasaskan konsep tabarru' (sedekah). Dengan kata lain jika dalam tempoh setahun tiada berlaku kematian di kalangan ahli atau tanggungannya, maka bayaran tahunan yang telah dibayar dikira sedekah yang dikumpulkan untuk membantu membiayai pengurusan jenazah ahli lain atau tanggungannya.
2) KEAHLIAN- Ketua keluarga (lelaki atau wanita) yang beragama Islam yang merupakan
ahli kariah Masjid Al Firdaus, Bandar Baru Selayang
- Orang perseorangan (lelaki atau wanita) yang beragama Islam yang
merupakan ahli kariah Masjid Al Firdaus, Bandar Baru Selayang
- Mana-mana individu samaada ketua keluarga atau orang perseorangan
(lelaki atau wanita) yang beragama Islam yang diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa
untuk menjadi ahli BKKMAF Bandar Baru Selayang
3) SENARAI SURAU DI BAWAH KARIAH MASJID AL FIRDAUSSURAU AL-FATHONI (AMANSIARA); SURAU AL IKHLAS (SAUJANA TEMPLER); SURAU KRAFTANGAN
MALAYSIA; SURAU AU-SUFI (SELAYANG HEIGHTS); SURAU AL AKHYAR (TEMPLER PARK); SURAU
AD DEEN (PINGGIRAN TEMPLER); SURAU EHSAN (DAHLIA); SURAU RAUDHAH (DAHLIA); SURAU
FURQON; SURAU BOMBA; SURAU DARUL ULUM (TAMAN SELAYANG BARU)
4) SUMBANGANTahunan : RM50 (Tempoh menjelaskan sumbangan adalah pada 1 Januari sehingga 31 Mac setiap tahun). Sumbangan melalui sistem e-khairat dengan mengunakan Toyyibpay FPX atau online transfer terus ke akaun ke akaun Persatuan Khairat Kematian Masjid Al Firdaus BBS ( MAYBANK - 562508508062). Bagi bayaran secara online transfer, sila hantar bukti pembayaran kepada Bendahari Biro Khairat
5) MANFAAT
Jika berlaku kematian: - Menikmati pakej perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma apabila
berlaku kematian atas dirinya dan juga tanggungannya yang berdaftar dan layak - Bagi situasi
pengurusan jenazah Ahli Khairat/Tanggungan yang diuruskan oleh ahli/waris di
luar khariah Masjid Al-Firdaus, pihak waris boleh membuat tuntutan berdasarkan
kos* sebenar pengurusan jenazah (Sila dapatkan Borang Tuntutan Perbelanjaan Pengurusan Jenazah di pejabat masjid atau muat turun di menu DOWNLOAD). Namun jumlah yang diluluskan adalah tertakluk
kepada keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa BKKMAF. (* Nota: kos sebenar adalah caj yang dikenakan
kepada Ahli oleh Pihak Yang Menguruskan jenazah yang dilakukan mengikut cara dan
caj kebiasaan BKKMAF)
|