SYARAT & POLISI

KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI


TUJUAN

Khairat kematian Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, Selangor adalah berasaskan konsep tabarru' (sedekah). Dengan kata lain jika dalam tempoh setahun tiada berlaku kematian di kalangan ahli atau tanggungannya, maka bayaran tahunan yang telah dibayar dikira sedekah yang dikumpulkan untuk membantu membiayai pengurusan jenazah ahli lain atau tanggungannya.

KEAHLIAN


       1. Ketua keluarga (suami atau isteri sekiranya ibu tunggal). Jika ahli meninggal, balunya akan bertukar menjadi ahli. Dia tidak perlu membuat pendaftaran baru, cuma perlu menjelaskan bayaran tahunan sahaja.
       2. Bujang berumur 22 tahun ke atas (jika tidak belajar. Jika masih belajar bermula umur 24 tahun)
       3. Keahlian akan diaktifkan selepas 30 hari bayaran pendaftaran keahlian dijelaskan.
       4. Penamatan keahlian: Keahlian perlu diperbaharui setiap tahun. Keahlian akan ditamatkan secara automatik jika pihak masjid tidak menerima bayaran yuran tahunan selepas 3 bulan tamat atau ahli berpindah dan tinggal di luar kariah Masjid al-Hasanah.
    

TANGGUNGAN


  1. Pasangan (isteri seorang sahaja. Jika mempunyai lebih dari seorang isteri perlu buat pendaftaran lain)
  2. Ibu dan bapa (sila upload Surat beranak)
  3. Anak-Anak yang berumur 21 tahun dan ke bawah (kecuali anak yang masih belajar sehingga berumur 24 tahun dan  anak OKU) termasuk anak angkat (sila upload sijil pengangkatan) dan anak tiri (yang tinggal bersama ahli).

BAYARAN

Pendaftaran : RM40 (Sekali bayar ketika mendaftar)
Tahunan : RM60 
Bayaran melalui sistem e-khairat dengan mengunakan Toyyibpay FPX atau online transfer terus ke akaun ke akaun Tetuan Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi  ( Bank MBSB - 1005025100001015). Bagi bayaran secara online transfer, sila hantar bukti pembayaran kepada pentadbir sistem e-khairat.


MANFAAT

Jika berlaku kematian:
  1. Ketua keluarga: RM1,600 (RM1,100 untuk pengurusan jenazah, RM500 saguhati akan diserahkan kepada keluarga)
  2. Pasangan, anak-anak (7 tahun ke atas) dan ibubapa: RM1,100 (untuk pengurusan jenazah)
  3. Anak-anak 7 tahun ke bawah: RM700


KAEDAH SUMBANGAN KEPADA WARIS

  1. Jika pengurusan jenazah sepenuhnya di masjid dan dikebumikan di TanahPerkuburan Sungai Tangkas, bayaran akan dilakukan oleh masjid kepada pihak terlibat (team mandi jenazah, pemandu van dan penggali kubur).
  2. Jika pengurusan jenazah dilakukan di hospital dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas, bayaran untuk team mandi jenazah hospital akan diserahkan kepada ahli waris dan bayaran kepada pemandu van dan penggali kubur akan diserahkan oleh pihak masjid.
  3. Jika pengurusan jenazah dilakukan di hospital tetapi dikebumikan di tempat lain, bayaran sebanyak RM1600 diberikan jika kematian ketua keluarga dan sebanyak RM1,100 jika kematian pasangan atau tanggungan (masjid tidak menanggung kos tambahan).

# Dibenarkan hanya sekali tuntutan sahaja dalam kes ahli menjadi tanggungan anaknya yang dewasa

# Baki maanfaat (setelah ditolak kos pengurusan jenazah) akan diserahkan kepada wakil keluarga si mati.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salian Kad Pengenalan/Passport
  2. Salinan surat beranak
  3. Salinan surat nikah
  4. Salian sijil pengangkatan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat jika berkenaan
  5. Bill Utiliti (Api atau Air)

NO TALIAN UNTUK DIHUBUNGI

  1. Hotline Masjid Al-Hasanah (010 - 3200433)
  2. Pejabat Masjid Al-Hasanah (03 - 89129944)