POLISI & SYARAT

e-khairat.com/alormalai
Merujuk kepada PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID ALBUKHARY ALOR MALAI

ALAMAT
Masjid Albukhary Alor Malai, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah Darul Aman

KEAHLIAN
1. Terbuka kepada penduduk Islam yang menetap dalam Kariah Masjid Albukhary Alor Malai, Alor Setar, Kedah.
2. Berumur dari 18 tahun sehingga 60 tahun semasa permohonan menjadi ahli.
3. Bayaran Pendaftaran dan Yuran Tahunan perlu dijelaskan untuk PENGESAHAN KEAHLIAN.
4. Ahli berhak mendapat bantuan selepas 3 bulan (90 hari) setelah DISAHKAN MENJADI AHLI.

BAYARAN DAN YURAN KEAHLIAN
1. Bayaran Pendaftaran Masuk RM10.00
2. Yuran Tahunan Ahli Kelamin/Berkeluarga RM50.00
3. Yuran Tahunan Ahli Bujang RM40.00
4. Yuran Tahunan hendalah dijelaskan sebelum akhir bulan Mac (3) setiap tahun.
5. Hak sebagai ahli akan hilang sekiranya yuran tahunan tertunggak lebih daripada satu (1) tahun.
6. Keahlian dengan sendirinya ditamatkan sekiranya yuran tahunan tertunggak lebih daripada dua (2) tahun tanpa sebarang sebab yang munasabah. 
7. Bayaran boleh dilakukan secara atas talian (secara FPX.).

MANFAAT
Bantuan yang diberikan sekiranya berlaku kematian ahli atau tanggungan;
1. Kematian Ahli RM1,000.00
2. Kematian Pasangan Ahli RM1,000.00
3. Kematian Tanggungan Ahli RM200.00
4. Kematian dirumah ahli yang bukan dari tanggungan RM100.00

TANGGUNGAN AHLI
1. Isteri atau Suami Ahli
2. Anak-anak Ahli
3. Ibubapa Ahli
4. Ibubapa mertua Ahli
5. Anak-anak Ahli yang cacat

TAMAT TEMPOH TANGGUNGAN
1. Apabila anak-anak mencapai umur 25 tahun.
2. Dikecualikan bagi anak-anak yang cacat (memiliki kad OKU yang sah).

SYARAT BANTUAN MANFAAT
1. Hanya nama yang didaftarkan sahaja layak menerima manfaat/bantuan.
2. Tututan hendaklah dikemukakan melalui Bendahari atau Setiausaha dengan disertakan bersama sijil kematian asal.
3. Tempoh permohonan bantuan luput selepas 6 bulan dari tarikh kematian.

KEAHLIAN dan MANFAAT adalah tertakluk kepada PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID ALBUKHARY ALOR MALAI

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi;
019-4546164 atau 012-4299605