bakit@e-khairat.com 0199870487

  

  

  

  

 POLISI & SYARAT

SYARAT & PERATURAN KHAIRAT BADAN KEBAJIKAN KARIAH MASJID TAREQ BIN ZIYAD

1. Yuran pendaftaran ahli   : RM 10.00 sahaja
    Yuran keahlian               : RM 50.00 setahun

2. Terbuka kepada semua AHLI KARIAH MASJID TAREQ BIN ZIYAD DAN SEKITARNYA.

3. Keahlian terbuka kepada yang telah berumur 21 tahun  dan ke atas ( Bermukim ).

4. Individu yang berumur 60 tahun dan keatas serta baru menetap di kawasan kariah boleh memohon sebagai
    ahli dengan membayar yuran tambahan RM150 semasa membuat permohonan.
    Jumlah yuran yang akan dikenakan adalah RM 210 (Pendaftaran : RM10.00 + Yuran tahunan : RM50.00 + Yuran tambahan : RM150.00)

5. Tanggungan ahli adalah :
     5.1 Suami @ isteri ( dalam kariah ) kepada ahli .
     5.2 Ibu bapa kandung @ mentua yang tinggal bersama  dalam kariah dan berdaftar .
     5.3 Anak-anak yang belum berkahwin , belum bekerja dan masih belajar dan berumur 24 tahun dan ke   bawah .( lampirkan kad pelajar )
     5.4 Anak angkat yang berumur 24 tahun dan kebawah ( lampirkan surat pengesahan )
     5.5 Poligami dan kematian isteri , hanya satu isteri sahaja (berdaftar) yang akan ditanggung oleh BAKIT.
     5.6 Anak OKU lampirkan kad OKU. Anak OKU masih tanggungan selagi beliau tidak mampu berdikari dan terbatal sekiranya telah berdikari sendiri. 

6. Kematian Ahli BAKIT  / Tanggungan pengurusan percuma di dalam Kariah Sahaja.
    
7. Kadar sumbangan urusan pengkebumian oleh keluarga di luar kariah : Lampirkan  Bukti Iaitu Surat Kematian

    7.1 Kematian Ahli, Isteri / Suami / Anak berumur 12 tahun   : RM 1,000.00 (RINGGIT : SATU RIBU SAHAJA) 
    7.2 Kematian Tanggungan :
          a)  Anak (Bayi)  ( 1 Tahun kebawah )                      : RM 150.00 ( RINGGIT : SATU RATUS LIMA PULUH SAHAJA ).  
          b)  Anak Berusia ( 1 hingga 12 tahun ke bawah )           : RM 350.00 ( RINGGIT : TIGA RATUS LIMA PULUH SAHAJA ).
   
8. Kematian Ibu / Bapa / Ibu Mertua / Bapa Mertua berdaftar  : Pengurusan Percuma Dalam Kariah Sahaja
                                                             : Kematian di luar kariah Pengurusan Kematian tidak ditanggung BAKIT.

9. Kematian bukan ahli / Pendaftaran belum cukup matang    : Caj Pengurusan dikenakan sebanyak RM1,500.00 pengurusan dalam kariah sahaja.        
    tempoh 30 hari

10. Penggunaan van jenazah kepada ahli adalah percuma di dalam Malaysia sahaja.

CATATAN : 

i. Pihak BAKIT mengadakan Majlis Tahlil dan Jamuan Ringan di Masjid Tareq Bin Ziyad, Kempadang Perdana, 
   pada malam pertama selepas pengkebumian.
ii. Penggunaan van jenazah kepada bukan ahli akan dikenakan bayaran bergantung kepada jarak perjalanan. (RM1.50 per/km Sehala)
iii. Bayaran yuran perlu dijelaskan pada bulan Januari - Mac setiap tahun.
iv. Jika ahli tidak menjelaskan bayaran yuran 3 tahun berturut-turut maka akan hilang keahlian dan segala 
     keistimewaan pengurusan jenazah.

Pengesahan :
Saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar.  
Jika saya didapati memberikan maklumat palsu atau tidak benar, 
maka saya bersetuju supaya keahlian saya digugurkan dan saya tidak 
akan menikmati segala kemudahan yang diberikan oleh pihak BAKIT.