buu@e-khairat.com 01123427419

  

  

  

  

 POLISI & SYARAT

SYARAT & PERATURAN BADAN KHAIRAT kelolaan PERTUBUHAN KIFAYAH UMMAH dahulunya dibawah MASJID ALASMA’UL HUSNA, BANDAR UDA UTAMA

1. E-KHAIRAT JEMAAH JDT
merujuk kepada Badan Pengurusan Tabung Khairat kelolaan Pertubuhan Kifayah Ummah, Bandar Uda Utama, Johor Darul Takzim.

2. JEMAAH JDT
merujuk kepada ahli Khairat kelolaan Pertubuhan Kifayah Ummah.

3. YURAN
merujuk kepada bayaran Yuran Pendaftaran Keahlian seumur hidup sekali sahaja.

4. CARUMAN
merujuk kepada bayaran Caruman Bulanan keahlian yang telah ditetapkan (bayaran minima 3bulan).

5. AHLI UTAMA & TANGGUNGAN
merujuk kepada keahlian sesorang ahli dan tanggungan yang WAJIB (Isteri & anak² 21 tahun kebawah sahaja) dan ahli terbahagi kepada 2 pilihan.
 5.1. AHLI PRIMA
merujuk kepada ahli mencarum RM120.00 setahun dan layak menerima manfaat kubur
serta manfaat tunai.
 5.2. AHLI SMART
merujuk kepada ahli mencarum RM60.00 setahun dan layak menenerima manfaat kubur
sahaja.

6. AHLI SUB
merujuk kepada manfaat pilihan keahlian dibawah tanggungan ahli utama (berumur 21 tahun keatas seperti ibubapa, mertua, datuk, nenek, cucu,
ibubapa saudara dll) dengan caruman bulanan sebanyak RM5.00 per orang (merangkumi ahli prima & smart)

7. WARIS
merujuk mana-mana orang yang dibawah tanggungan

8. MANFAAT KUBUR
merujuk kepada kos pengurusan jenazah dari mula hingga selesai pengkebumian.

9. MANFAAT TUNAI
merujuk sumbangan tunai yang akan diberikan segera kepada keluarga waris sebagai ihsan dari e-khairat tertakluk terma & syarat setelah ditolak
dari kos pengurusan jenazah.

TERMA KEAHLIAN
1. Keahlian terbuka walaupun dari luar kariah termasuk warganegara asing.
1.1. Pendaftaran digalakkan melalui aplikasi online http://e-khairat.com/buu/
1.2. Pendaftaran juga boleh dibuat secara manual melalui Ketua-Ketua Lorong, Ketua Blok, Wakil Penggerak Masjid dan datang terus kemasjid
juga boleh diterima.

2. Yuran pendaftaran ahli baru seumur hidup sekali sahaja- RM10.00

3. Caruman setiap bulan RM10.00 (setahun RM120.00) dan tambahan RM5.00 seorang untuk ahli sub
3.1. Takrif keahlian sesorang : Diri sendiri (Berkahwin , bujang, duda & janda) - RM10.00
3.2. Takrif tanggungan WAJIB:
3.2.1. Isteri pertama,ke2,ke3 & ke4 – Percuma tetapi akaun berasingan
3.2.2. Anak-anak atau cucu bawah 21 tahun termasuk anak angkat (tiada limit) - Percuma

4. Takrif keahlian Ahli Sub yang diwajibkan caruman tambahan setiap bulan RM5.00 (setahun RM60.00)
4.1. Anak-anak atau cucu atas 21 tahun termasuk anak angkat - RM5.00 setiap seorang
4.2. Ibu atau ayah kandung - RM5.00 setiap seorang
4.3. Ibu atau ayah mertua - RM5.00 setiap seorang
4.4. Ibu atau ayah saudara & tiri - RM5.00 setiap seorang
4.5. Datok atau Nenek - RM5.00 setiap seorang

5. Contoh caruman 1 :
Ahli + Isteri + 2 orang anak bawah 21 tahun =RM10.00 sebulan
Total caruman sebulan = RM10.00 = (setahun RM120.00)

6. Contoh caruman 2 :
Ahli + Isteri + 3 anak bawah 21 tahun =RM10.00 sebulan
Anak 21 tahun keatas 3 orang x RM5.00 =RM15.00 sebulan
Ibu kandung = RM5.00 sebulan
Total caruman sebulan = RM30.00 = (setahun RM360.00)

7. Bagi yang berpoligami kena buat akaun berasingan mengikut jumlah isteri.
(bertujuan mengelakkan tuntutan bertindih waris dikemudian hari)

TERMA CARUMAN & MANFAAT
1. Keahlian sesorang ahli bermula dari tarikh yuran dan caruman dibayar dengan minima bayaran 3 bulan bukan dari tarikh mendaftar.
Contoh : Ahli daftar pada bulan 6 tahun 2022, maka carumannya ialah RM60.00 utk sehingga bulan 12 tahun 2022. untuk tahun 2023 ahli ini kena carum RM120

2. Bayaran yuran dan caruman boleh dibuat secara tunai dipejabat Masjid atau Online Banking, CDM atau ATM Machine
Maybank Masjid AlAsma'ul Husna 551548611564
2.1. Bayaran minima 3 bulan atau
2.2. 6 bulan atau
2.3. 12 bulan dan lebih dari setahun juga diterima
2.4. Sila hantar slip ATM atau Online banking ke nombor hp 011-23427419 atau email ke ekhairatbuu@gmail.com

3. Caruman tidak boleh dibuat apabila seorang ahli atau ahli sub telah berada dalam keadaan sakit tenat, kronik , koma dan nazak.
3.1. Contoh 1 : Ibubapa atau sesiapa sahaja dalam keluarga seorang ahli mendapat kemalangan serius atau penyakit kronik dan telah mendapat
pengesahan doktor koma atau 50/50 peluang hidup, lalu siwaris dengan segera didaftarkan khairat untuknya.
3.2. Contoh 2 : Ibubapa atau sesiapa sahaja dalam keluarga seorang ahli telah mendaftar sebagai ahli khairat pada tahun 2020 tetapi pada tahun 2021
terlupa atau terlambat untuk menjelaskan caruman mendapat kemalangan serius atau penyakit kronik dan telah mendapat pengesahan doktor koma
atau 50/50 peluang hidup, lalu waris dengan segera membayar caruman khairat untuknya.

4. Caruman juga tidak boleh dibuat dan diterima untuk ahli apabila ahli meninggal pada hari kematian

5. Gagal mencarum 3 bulan berturut-turut akan hilang kelayakan seorang ahli utama dan ahli sub

MANFAAT
1. Pengurusan jenazah dari mula hingga selesai pengkebumian untuk ahli atau pasangan atau salah satu anak-anak bawah 21 tahun berjumlah RM1,500.00
pada satu tahun caruman sahaja.
2. Manfaat untuk anak-anak meliputi umur 21 tahun kebawah dan terhad kepada 1 kematian dalam satu tahun caruman


JEMAAH2020-2023
ekhairatbuu2021