Syarat & Peraturan
Khairat Kematian Masjid Jamiul Ehsani Kampung Sijangkang
1) Terbuka kepada
semua penduduk kariah Masjid Jamiul Ehsani berumur 18 tahun keatas.
2) Khas untuk warganegara Malaysia sahaja
3)Yuran Pendaftaran RM10 (sekali sahaja) dan Yuran Tahunan RM50 bagi satu
keluarga dan tinggal serumah.
4) Anak-anak yang telah berkahwin hendaklah mendaftar keahlian berasingan
5) Pengesahan penerimaan permohonan adalah 5 hari waktu berkerja.
6) Keahlian Khairat Kematian hanya diaktifkan selepas membuat bayaran dan selepas 30 hari dari tarikh permohonan diterima.
7) Memperbaharui keahlian sebelum 30 Mac setiap tahun. Ahli yang gagal membayar selepas tempoh ini dianggap tidak aktif.
8) Bantuan yang layak diterima sebagai ahli khairat adalah pengurusan jenazah bagi
ahli keluarga yang meninggal dunia meliputi mandi, kafan, keranda, solat jenazah, gali kubur, khidmat imam serta pengangkutan (dalam kawasan kariah sahaja).
9) Terpakai untuk satu kematian dikalangan ahli keluarga yang
didaftarkan. Untuk kematian kedua dalam tahun yang sama, bayaran penuh. Sekian, Terima Kasih
PENTADBIR |